
๐ ๐๐๐ค๐๐ฌ ๐๐จ๐จ๐๐ข๐๐ฌ ๐๐จ๐ฆ๐๐ฅ ๐๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐๐จ๐จ๐ซ๐ ๐ข๐๐ญ ๐๐๐ง๐ข๐ฌ๐๐ง ๐๐ง๐๐
–
Kalau perkahwinan dulu-dulu semuanya menggunakan beg goodies biasa je. Sekarang zaman dah berubah, style bekas yang anda gunakan pen perlulah berubah juga.
Tidak boleh jadi seperti katak bawah tempurung. Lagi-lagikan makin banyak yang cute sangat boleh anda beli menerusi atas talian. Dalam senarai artikel ini, yang anda nak DIY sendiri pun ada tahu.
๐ญ. ๐๐ฎ๐ด๐ฎ๐๐ถ ๐๐ฒ๐ฟ๐ผ๐ฑ๐ฎ ๐ ๐ถ๐ป๐ถ
– Nampak comel dan boleh tetamu anda gunakan selepas habiskan gula-gula di dalamnya. Bekas seperti ini memang nampak fresh berbanding beg doorgift yang lain. Sticker pengantin boleh ditampal di bagasi untuk dijadikan kenangan.
Anda juga tidak perlu beg goodies lain untuk dipegang kerana bagasi ini sendiri mempunyai penarik kecil untuk anda pegang. Dan barulah nampak lain daripada lain dengan gunakan bagasi sebagai bekas cenderahati anda.
–
๐ฎ. ๐๐ฒ๐ธ๐ฎ๐ ๐๐๐น๐ฎ-๐ด๐๐น๐ฎ ๐๐ฒ๐๐ฎ๐ต ๐ ๐ถ๐ป๐ถ
– Anda boleh membeli bekas plastik replika gula-gula getah ini. Ataupun anda boleh membeli kertas lipatannya yang boleh dibeli di atas talian. Kotak lipatan ini lebih mudah kerana ia hanyalah kotak dengan gambar seakan bekas gula-gula getah.
Tidak perlulah anda bersusah nak susun pula dalam bekas lain semasa nak hulurkan doorgift kerana ia senang untuk disimpan. Gula-gula yang dibeli mestilah kecil supaya muat untuk diisi di dalam kotak.
–
๐ฏ. ๐๐ฒ๐ธ๐ฎ๐ ๐๐ผ๐ป
– Bekas kon ini biasanya dipenuhi dengan makanan ataupun doorgift sapu tangan. Beg seperti ini mudah dicari dan juga murah. Anda boleh ikatkannya dengan riben yang berwarna seperti tema perkahwinan anda.
Memandangkan plastik ini lutsinar, anda boleh menghiasinya sesuka hati anda. Nak mudahkan kerja tampal sahaja pelekat terima kasih. Kalau nak lebih special tampalkan pelekat nama pengantin di plastik tersebut.
–
๐ฐ. ๐๐ฒ๐ธ๐ฎ๐ ๐๐ฎ๐ฐ๐ฎ ๐ ๐ถ๐ป๐ถ
– Bekas kaca mini ini sesuai jika anda nak mengisi madu atau jem buahan sebagai satu kelainan. Ini adalah kerana bekasnya adalah sangat kecil dan hanya letak beberapa butir gula-gula sahaja. Jadi cecair seperti madu lebih sesuai.
Bekas kaca ini ada yang bertutup plastik dan ada juga bertutup gabus. Yang tertutup gabus tidak perlu dihiasi kerana ia sudah nampak cantik, namun bagi yang tutup plastik itu anda disarankan untuk hiasi serba sedikit.
–
๐ฑ. ๐๐ฒ๐ด ๐ญ๐ถ๐ฝ๐น๐ผ๐ฐ๐ธ
– Menggunakan ziplock beg adalah idea termudah untuk anda isi doorgift. Ini adalah kerana anda hanya perlu beli ziplock di pasaran dan mencetak template gambar yang anda suka untuk menampal keatasnya.
Banyak template percuma yang anda boleh muat turun dalam Internet. Anda boleh menggunakan printer rumah atau kalau anda mahukan kualiti cetakan yang lebih cantik anda juga boleh pergi ke kedai cetakan terus.
Kalau anda mahir, anda juga boleh design sendiri gaya yang anda mahukan untuk ziplock beg ini. Nak upah orang untuk design pun boleh juga. Ikutlah pilihan anda.
