tentang kami

Izinkan kami merealisasikan impian anda

pakejkatering3

KAMI ADALAH PENGANJUR ACARA YANG TERBAIK

Kami memberi perhatian dalam setiap butiran dari lubuk hati kami untuk menggembirakan pelanggan kami atas kejayaan hari yang tidak dapat dilupakan mereka. Kami berbangga untuk menyampaikan perkhidmatan berkualiti cemerlang kami untuk memenuhi jangkaan pelanggan.

Perkhidmatan

Perkhidmatan

Mari Raikan Majlis Perkahwinan Acara Kenamaan Bersama Dengan Kami

Clients

Hubungi Kami

Temui item menu teratas kami dan tempah tarikh anda

The Kenduri Catering

Komitmen kepada Pelanggan

pakejkatering 1

Kami akan menjadikan majlis anda sempurna

MAJLIS KHAS ANDA

MAJLIS KHAS ANDA

Perkhidmatan Kualiti Terbaik,
100% Jaminan Kepuasan,
Komitmen kepada Pelanggan,
Sistem Kawalan Kualiti.
Komitmen kepada Pelanggan.
Pasukan Profesional.

01. Pilihan Menu
02. Opsyen Menu Tertentu
latest Articles

Our Blog

๐๐„๐‘๐’๐ˆ๐€๐๐€๐ ๐๐„๐‘๐Š๐€๐‡๐–๐ˆ๐๐€๐ ๐ƒ๐€๐‘๐ˆ ๐’๐”๐ƒ๐”๐“ ๐Š๐„๐–๐€๐๐†๐€๐
Bagi seorang lelaki, terdapat dua peristiwa besar yang tidak boleh dilupakan sepanjang hidupnya; pertama ketika fasa peralihan kanak-kanak ke remaja, kedua pula ketika berkahwin. Perasaan teruja, gembira dan takut bercampur baur. - Apabila hendak membina rumah tangga, sudah pasti kita mengimpikan mahligai yang indah, keluarga yang bahagia dan hidup yang tenang. Untuk mencapai matlamat ini,…
๐๐€๐Š๐„๐‰ ๐๐ˆ๐Š๐€๐‡ ๐’๐€๐๐ƒ๐ˆ๐๐† ๐ƒ๐„๐–๐€๐ ๐๐„๐Š๐„๐‘๐“๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ‘ – ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’ ๐’๐„๐’๐ˆ ๐Œ๐€๐‹๐€๐Œ
Indahnya Majlis Resepsi Pasangan Pengantin kami iaitu, Fakhruldin & Hasinah di Dewan PEKERTI pada 14 Januari 2023 pada sesi malam. Terima kasih kerana memilih kami untuk merealisasikan majlis anda. - Kepada bakal-bakal pengantin yang ingin merealisasikan impian perkahwinan yang Exclusive dan Hebat boleh dapatkan khidmat servis daripada TheKenduri. Kami bukan sahaja pakar dalam mengedalikan majlis…

Kepada pengantin-pengantin yang bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi, Anda harus ambil tahu bertapa pentingnya untuk mengambil tahu prosedur mendaftar pernikahan di Pejabat Agama. Ini akan memudahkah urusan pendaffaran dan penikahan buat bakal-bakal pengantin sekiranya kita faham langkahnya, mudahlah nak merancang apa yang diperlukan dalam jangka masa yang ditetapkan. Kalau tanya dengan orang tua kita, mungkin prosesnya dahulu dan sekarang jauh berbeza sebab sekarang dah menggunakan sistem baru / online dimana sistem ini telah diseragamkan ke beberapa negeri di malaysia dan bakal digunapaikan ke seluruh negeri di malaysia tidak lama lagi.

Dalam artikel kali ini, kami berbesar hati menyiarkan perkongsian 10 Langkah yang anda perlu ambil tahu sebelum memasuki gerbang perkahwinan. Selama menjalani praktikal di Pejabat Agama, memang kerjanya hari-hari berkaitan dengan borang-borang nikah kahwin. kepada bakal-bakal pengantin boleh lah buat nota ringkas ya bagi persediaan hari besar anda. Semoga perkongsian ini dapat menjadi panduan dan memudahkan anda yang bakal berkahwin. Mari kita semak prosesnya.

  1. HADIRI KURSUS PRA PERKAHWINAN
    Di Malaysia kursus pra perkahwinan adalah satu kursus yang wajib diikuti oleh bakal-bakal pengantin, kursus kahwin ini dikawal selia oleh Jabatan Agama Islam setiap negeri dan mengikut modul bersepadu kursus perkahwinan islam di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, (JAKIM). Di dalam proram kursus kahwin ini, bakal pengantin akan diajar mengenai prosedur perkahwinan, komunikasi suami isteri, pengurusan kewangan dan kesihatan, dan banyak lagi modul-modul yang menarik, nak tahu lebih lanjut kena la hadir kursus kahwin ni ya
    Para peserta akan mendapat sijil kursus kahwin setelah tamat kursus dan sijil ni diperlukan semasa bakal-bakal pengantin ingin mengantar borang nikah di pejabat agama islam yang berdekatan. Bagi bakal-bakal pengantin disekitar kedah anda boleh mendapatkan infor pusat-pusat kursus kahwin di sini senarai pusat kursus kahwin kedah
  2. LAYARI LAMAN WEB SPPIM (SISTEM PENGURUSAN PERKAHWINAN ISLAM MALAYSIA)
    Permohonan Kebenaran Berkahwin Online melalui www.sppim.gov.my setakat 2019 ini meliputi permohonan yang dibuat di Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah, Perak dan Wilayah Persekutuan. Negeri-negeri bakal menyusul tidak lama lagi

Bagi negeri yang tidak disebutkan, bolehlah terus membuat permohonan dan mendapatkan kebenaran berkahwin melalui Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di negeri masing-masing.
Bila dah ke laman web SPPIM, anda akan nampak paparan begini di halaman utama.

Seterusnya klik pada ikon Benar Nikah Online dan isi maklumat diri sendiri & pasangan.
ยท Bila dah siap isi, simpan nombor rujukan permohonan yang diberikan dari laman web ini.
ยท Nombor rujukan ini penting sebab akan digunakan setiap kali log in.
ยท Borang boleh dikemaskini dan diperbetulkan selagi belum diproses oleh Pejabat Agama.

  1. PERIKSA PASANGAN LELAKI TINGGAL DI DAERAH MANA
    Jika pasangan dari daerah yang Sama:
    Jika pasangan lelaki tinggal di daerah sama dengan perempuan, bakal pengantin lelaki dan perempuan kena hantar borang nikah online tadi ke Pejabat Agama dalam tempoh 30hari / sebulan sebelum tarikh akad nikah.
    Daerah / Negeri Berbeza :
    Tapi kalau daerah / negeri lelaki berbeza dengan perempuan, bakal pengantin lelaki mesti menghantar borang nikah ke Pejabat Agama dalam tempoh 90 hari/3 bulansebelum tarikh akad nikah.
  2. UJIAN HIV

Ujian HIV adalah satu perkara wajib dalam proses permohonan perkahwinan di Malaysia, Keputusan Ujian HIV ini perlu disertakan semasa bakal pengantin mengantar borang-borang nikah di pejabat agama islam kawasan kariah anda. Tempoh sah laku ujian HIV ini adalah 6 bulan dari tarikh ujian tersebut diadakan.

Untuk artikel mengenai Ujian saringan HIV ini sila ke laman sebelah.

  1. HANTAR BORANG
    Sebelum hantar borang, Sila periksa senarai semak dan pastikan borang dah ditandatangan oleh Imam Masjid Kariah dan ada cop. Kemudian, bawa juga beberapa dokumen lain ke pejabat agama beserta dengan borang online yang dah disahkan tadi.
    Boleh rujuk gambar kat bawah.

Bagi lelaki:

Bagi perempuan:

ยท Kalau di negeri Kedah, pasangan kena baca ikrar. Negeri lain tak pasti pula macam mana.
ยท Selepas borang berjaya diserahkan , ayaran RM15 (seorang) untuk mohon borang kebenaran berkahwin. Kalau 2 orang iaitu kalau SAMA daerah kena bayar RM30 ya.
ยท Borang kebenaran berkahwin selalunya siap dalam masa seminggu, bergantung kepada pejabat agama negeri masing-masing.

  1. BAGI BORANG KEBENARAN PADA PIHAK PEREMPUAN
    Selepas seminggu, boleh minta pihak lelaki ambilkan borang tersebut dan bagi kepada pihak perempuan. Ini kalau daerah/ negeri lelaki yang BERBEZA dengan pihak perempuan.
    Tapi kalau daerah/negeri yang SAMA dengan pihak perempuan, boleh terus bagi kepada Imam Masjid Kariah untuk akad nikah.
  2. BAGI PIHAK PEREMPUAN YANG BERBEZA DEARAH

Berbalik kepada tadi, bagi pasangan yang BERBEZA daerah, pihak perempuan perlu bawa borang-borang lelaki yang dah disahkan oleh Pejabat Agama tadi ke Pejabat Agama daerah perempuan dalam tempoh sebulan sebelum akad nikah.
ยท Lepas seminggu, Pejabat Agama akan bagi borang kebenaran nikah untuk pihak perempuan.
ยท Seterusnya, bawa pulak borang ini kepada Imam Masjid Kariah untuk akad nikah.

  1. AKAD NIKAH
    Masa akad nikah, Tok Kadi / Tok Imam akan bagi Surat Nikah Sementara.
    Pasangan wajib semak maklumat dalam Surat Nikah Sementara ini. Pastikan nombor IC semua betul, ejaan nama tiada kesilapan, dan sebagainya. (PENTING sebab maklumat dalam dokumen ini akan digunakan untuk buat Sijil Nikah.)
    Kemudian bawa Surat Nikah Sementara ke Pejabat Agama DAERAH PEREMPUAN untuk buat Sijil Nikah. Kenapa mesti daerah perempuan? Sebab ikut tempat akad nikah.
  2. PROSES MEMOHON SIJIL NIKAH
    Untuk memohon Sijil Nikah,
    ยท Bawa surat nikah sementara (asal + salinan)
    ยท IC sendiri, IC pasangan & IC wali
    ยท Bayar RM20 untuk sijil nikah.
    ยท Tempoh siap biasanya sebulan atau kurang. Bergantung kepada negeri masing-masing.
    Seeloknya, fotostat sijil nikah tadi, lipat dan simpan dalam dompet. Sijil Nikah asal boleh simpan dalam fail. Bukan apa, manalah tahu kalau kena serbu dengan Pegawai Agama, adalah bukti Sijil Nikah yang sentiasa dibawa bersama. Sebab masa ini Kad Kahwin belum dapat lagi.
  3. PROSES MEMOHON KAD KAHWIN
    Akhir sekali, bila dah dapat Sijil Nikah, eloklah buat Kad Kahwin pula. Saiznya yang lebih kecil seperti saiz kad pengenalan memudahkan anda membawa kad tersebut bersama ke mana-mana sebagai bukti perkahwinan.
    Sediakan bayaran RM40 untuk sepasang pasangan. Nanti Pejabat Agama akan bagi senarai dokumen yang perlu dibawa untuk mohon Kad Kahwin.

ALHAMDULILLAH, SELESAIโ€ฆ
so kepada bakal2 pengantin..harap dengan perkongsian artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam persiapan ke alam perkahwinan kelak..admin mengucapkan selamat pengantin baru buat bakal2 pengantin dan

Dipersilakan share bagi meringankan kerungsingan semua.
Selamat berkahwin!

Bangau terbang iring-iringan
Terbang jauh satu kepakan
Al Quran adalah pegangan
Jangan pernah dilupakan

Tari piring tari saman
Tari lilin apinya berpijar
Al Quran adalah pedoman
Rajin-rajinlah ananda belajar

Mentari pagi sinarnya hangat
Berangkat kerja ke Pulau Rengat
Belajar haruslah semangat
Jangan tersalah pada niat

Kancil menulis di daun lontar
Ketika mentari telah bersinar
Belajar bukan sekedar pintar
Tapi menjadi pribadi benar

Memancing ikan diberi umpan
Agar datang si ikan toman
Ilmu ibarat kemudi sampan
Agar hidup di garis tujuan

Apa gunanya tumbuhan temu
Ramuan jamu dengan lengkuas
Bila hati dipenuhi ilmu
Jiwanya besar pikirannya luas

Pakej Katering Di Negeri Sembilan Buffet Style | 2000,1500 1000,500,300,200,100pax, Dengan Tawaran Pakej Bertunang, Nikah dan Sanding | Pakej Perkahwinan & Perancang Nikah Sanding โ€“ Negeri Sembilan

The Kenduri Catering (TKC) merupakan syarikat katering pertama di Negeri Sembilan yang mendapat pengiktirafan HALAL dari JAKIM. TKC mula beroperasi di Seremban pada tahun 2016 yang beralamat di Dewan PEKERTI NDSK.

The Kenduri Catering menyediakan pilihan menu utama untuk majlis;

  1. Majlis Sanding
    A) Sajian Utama Persandingan
    B) Sajian Desa
  2. Menu Majlis Hari Jadi
  3. Menu Majlis Persaraan
  4. Menu Majlis Aqiqah
  5. Menu Pelbagai Majlis

Antara Menu-menu Majlis;

SANTAPAN MAJLIS
๐Ÿฝ๏ธ Sajian Utama

ATAU

๐Ÿฝ๏ธ Sajian Desa

๐Ÿฝ๏ธ Desserts

๐Ÿฝ๏ธ Beverages

Syrup Cordial

Teh O Panas

Mineral Water bottles 1.5L

๐Ÿ“ ๐๐ž๐ค๐š๐ฌ ๐†๐จ๐จ๐๐ข๐ž๐ฌ ๐‚๐จ๐ฆ๐ž๐ฅ ๐”๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ƒ๐จ๐จ๐ซ๐ ๐ข๐Ÿ๐ญ ๐Œ๐š๐ง๐ข๐ฌ๐š๐ง ๐€๐ง๐๐š

Kalau perkahwinan dulu-dulu semuanya menggunakan beg goodies biasa je. Sekarang zaman dah berubah, style bekas yang anda gunakan pen perlulah berubah juga.

Tidak boleh jadi seperti katak bawah tempurung. Lagi-lagikan makin banyak yang cute sangat boleh anda beli menerusi atas talian. Dalam senarai artikel ini, yang anda nak DIY sendiri pun ada tahu.

๐Ÿญ. ๐—•๐—ฎ๐—ด๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ผ๐—ฑ๐—ฎ ๐— ๐—ถ๐—ป๐—ถ

– Nampak comel dan boleh tetamu anda gunakan selepas habiskan gula-gula di dalamnya. Bekas seperti ini memang nampak fresh berbanding beg doorgift yang lain. Sticker pengantin boleh ditampal di bagasi untuk dijadikan kenangan.

Anda juga tidak perlu beg goodies lain untuk dipegang kerana bagasi ini sendiri mempunyai penarik kecil untuk anda pegang. Dan barulah nampak lain daripada lain dengan gunakan bagasi sebagai bekas cenderahati anda.

๐Ÿฎ. ๐—•๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐˜€ ๐—š๐˜‚๐—น๐—ฎ-๐—ด๐˜‚๐—น๐—ฎ ๐—š๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—ต ๐— ๐—ถ๐—ป๐—ถ

– Anda boleh membeli bekas plastik replika gula-gula getah ini. Ataupun anda boleh membeli kertas lipatannya yang boleh dibeli di atas talian. Kotak lipatan ini lebih mudah kerana ia hanyalah kotak dengan gambar seakan bekas gula-gula getah.

Tidak perlulah anda bersusah nak susun pula dalam bekas lain semasa nak hulurkan doorgift kerana ia senang untuk disimpan. Gula-gula yang dibeli mestilah kecil supaya muat untuk diisi di dalam kotak.

๐Ÿฏ. ๐—•๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐˜€ ๐—ž๐—ผ๐—ป

– Bekas kon ini biasanya dipenuhi dengan makanan ataupun doorgift sapu tangan. Beg seperti ini mudah dicari dan juga murah. Anda boleh ikatkannya dengan riben yang berwarna seperti tema perkahwinan anda.

Memandangkan plastik ini lutsinar, anda boleh menghiasinya sesuka hati anda. Nak mudahkan kerja tampal sahaja pelekat terima kasih. Kalau nak lebih special tampalkan pelekat nama pengantin di plastik tersebut.

๐Ÿฐ. ๐—•๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐˜€ ๐—ž๐—ฎ๐—ฐ๐—ฎ ๐— ๐—ถ๐—ป๐—ถ

– Bekas kaca mini ini sesuai jika anda nak mengisi madu atau jem buahan sebagai satu kelainan. Ini adalah kerana bekasnya adalah sangat kecil dan hanya letak beberapa butir gula-gula sahaja. Jadi cecair seperti madu lebih sesuai.

Bekas kaca ini ada yang bertutup plastik dan ada juga bertutup gabus. Yang tertutup gabus tidak perlu dihiasi kerana ia sudah nampak cantik, namun bagi yang tutup plastik itu anda disarankan untuk hiasi serba sedikit.

๐Ÿฑ. ๐—•๐—ฒ๐—ด ๐—ญ๐—ถ๐—ฝ๐—น๐—ผ๐—ฐ๐—ธ

– Menggunakan ziplock beg adalah idea termudah untuk anda isi doorgift. Ini adalah kerana anda hanya perlu beli ziplock di pasaran dan mencetak template gambar yang anda suka untuk menampal keatasnya.

Banyak template percuma yang anda boleh muat turun dalam Internet. Anda boleh menggunakan printer rumah atau kalau anda mahukan kualiti cetakan yang lebih cantik anda juga boleh pergi ke kedai cetakan terus.

Kalau anda mahir, anda juga boleh design sendiri gaya yang anda mahukan untuk ziplock beg ini. Nak upah orang untuk design pun boleh juga. Ikutlah pilihan anda.

Menghias bilik pengantin untuk majlis perkahwinan memang nampak mudah, tapi sebenarnya ia bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh. Ada di kalangan bakal pengantin menanti hingga saat akhir untuk mula menghias bilik pengantin kerana memikirkan ruangan ini tidak sepenting persiapan yang lain.

Banyak sebenarnya idea hiasan bilik pengantin yang mudah namun mampu memberi aura dan keselesaan kepada pasangan pengantin dan juga pada tetamu yang menjengah. Nah, kami kongsikan lima inspirasi dekorasi bilik pengantin untuk bangkitkan mood pengantin baru anda.

๐Ÿ. ๐‡๐ข๐š๐ฌ๐š๐ง ๐๐ข๐ฅ๐ข๐ค ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ง๐ญ๐ข๐ง ๐Œ๐ข๐ง๐ข๐ฆ๐š๐ฅ๐ข๐ฌ

Pemilihan konsep minimalis ini sangat sesuai untuk bilik tidur pengantin yang bersaiz agak terhad. Warna-warna neutral adalah terbaik untuk digunakan sebagai warna utama. Tambahkan dengan sedikit elemen warna terang atau gelap, ia pasti akan menarik mata yang memandang.

๐Ÿ. ๐‡๐ข๐š๐ฌ๐š๐ง ๐๐ข๐ฅ๐ข๐ค ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ง๐ญ๐ข๐ง ๐Œ๐จ๐๐ž๐ง

Penggunaan headboard yang unik sama ada yang dihasilkan daripada fabrik ataupun kayu akan menaikkan seri bilik tidur pengantin. Ia juga boleh dijadikan sebagai fokus bilik tersebut. Ditambah dengan floating bedside table, suasana bilik pengantin pasti memukau mata yang melihat.

๐Ÿ‘. ๐‡๐ข๐š๐ฌ๐š๐ง ๐๐ข๐ฅ๐ข๐ค ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ง๐ญ๐ข๐ง ๐๐ž๐ซ๐ฐ๐š๐ซ๐ง๐š ๐๐š๐ฌ๐ญ๐ž๐ฅ

Penggunaan warna-warna cerah seperti ini memudahkan anda untuk menyesuai padan dengan warna barang hiasan lain. Anda boleh padankan apa sahaja warna aksesori dengan warna-warna cerah ini. Pilih maksimum dua warna untuk memudahkan anda untuk mix and match barang hiasan dalam bilik tidur anda.

๐Ÿ’. ๐‡๐ข๐š๐ฌ๐š๐ง ๐๐ข๐ฅ๐ข๐ค ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ง๐ญ๐ข๐ง ๐Œ๐ž๐ง๐ ๐ข๐ค๐ฎ๐ญ ๐“๐ž๐ฆ๐š ๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ

Tambahkan juga beberapa batang lilin haruman sebagai centerpiece di meja sisi. Ia bukan sahaja nampak klasik, malah bakal memberikan haruman yang romantis dan mewujudkan suasana yang tenang di malam pertama anda.
๐Ÿ“. ๐‡๐ข๐š๐ฌ๐š๐ง ๐๐ข๐ฅ๐ข๐ค ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ง๐ญ๐ข๐ง ๐ƒ๐ž๐ง๐ ๐š๐ง ๐“๐ฎ๐ฆ๐›๐ฎ๐ก๐š๐ง ๐‡๐ข๐ฃ๐š๐ฎ

Selari dengan trend semasa, anda boleh menghiaskan bilik pengantin dengan tumbuhan hijau. Bilik tidur anda pasti nampak segar dan berasa lebih nyaman. Kontra warna hijau tumbuhan, perabot dan dekorasi dalam bilik pasti menyerlah terutamanya jika perabot dalam bilik terdiri daripada kayu pallet.


Pilih tumbuh-tumbuhan yang berjuntai seperti Philodendron dan letakkan di rak atas bahagian kepala katil. Anda juga boleh pilih tumbuh-tumbuhan indoor seperti Sansevieria atau Monstera untuk diletakkan di penjuru bilik.
Tambahkan sedikit dekorasi ringkas seperti bunga-bunga segar. Ia bukan sahaja boleh menaikkan seri bilik malah mampu mengharumkan segenap ruang bilik tersebut. Bau-bauan bunga akan menaikkan mood pengantin baru anda dan pasangan.

Indahnya Majlis Resepsi Pasangan Pengantin kami
๐—”๐— ๐—œ๐—ฅ๐—จ๐—Ÿ & ๐—”๐— ๐—œ๐—ฅ๐—”๐—› โค๏ธ

๐™๐™๐™Ž๐˜พ๐™๐™Ž ๐™ƒ๐˜ผ๐™‡๐™‡ ๐™๐™Š๐™๐™€๐™Ž๐™ ๐™‘๐˜ผ๐™‡๐™‡๐™€๐™”, ๐™Ž๐™€๐™‡๐˜ผ๐™‰๐™‚๐™Š๐™๐Ÿฅฐ

Terima kasih kerana memilih kami untuk merealisasikan majlis anda.๐Ÿ’ž
.
Kepada bakal-bakal pengantin yang ingin merealisasikan impian perkahwinan yang Exclusive dan Hebat boleh dapatkan khidmat servis daripada TheKenduri.
.
Kami bukan sahaja pakar dalam mengedalikan majlis anda, malah juga mempunyai vendor yang berpengalaman luas dalam bidang mereka sendiri. Jadi anda tidak perlu risau majlis anda pastinya akan sempurna dan meriah.๐Ÿ’ž
.
ยฐOpen Date Promotion sehingga Disember 2022
๐Ÿ—’๏ธ๐Ÿ–Š๏ธ Booking Pakej serendah RM1000 sahaja
.
๐ŸŽ–๏ธ Halal Certified Catering Services
๐ŸŽ–๏ธ Asean Food & Travel Awards 2022 Recognition
๐ŸŽ–๏ธ Malaysiaโ€™s Favourite Catering Service Provider – 2022
.